First Contest by Adam Haiqal


Si Adam Haiqal ni menganjurkan contest kenangan 2011 dan azam 2011. Saper teringin nak join silakan klik banner yer...dialu2kan memeriahkan contest adik kita ni...

Terasa nak join sebab nak compilekan segala kenangan sepanjang 2010...
 
Paling best sekali bila dapat anak sedara yang comel ni ha...Nur Khairunisa Humairah namanya. Berkulit putih serta berlesung pipit dalam sekali! Al-maklumlah...cucu pertama my parent...anak sedara pertama dalam family..saper xgeramkan..dahlah pompuan! FYI , me adalah anak pompuan tunggal dalam adik beradik tau! Kenangan seterusnya...

     
Pada tarikh 12 Jun 2010, adik saya telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya...Mean saya dapat adik ipar baru yang kedua pada tahun lepas! Majlis berlansung di Melaka...
Adik saya ni kira muda lagila...umur baru 22 tahun masa tu...dah jodoh orang kata...Pasangan ni kerja sama2 kat Balai Polis Tampin...


Yang set putih tu kat belah Pahang. Kat umah sayala...Yang set kuning tu kat belah Melaka! Best g Melaka sebabnya saya dan adik2 terus g meronda kat Bandar Melaka pas abeh kenduri tu.















Paling best sekali kenangan tahun lepas adalah saya dan family berkesempatan g Seberang Thai! Jadi pendatang haram jer...xguna passport..ada pakcik yang biasa dengan belah sana. Hajat hati nak g Mundok mulanya pastu tukar plan g Buketa! Nek bot/sampan menyeberang sungai yang "terlalu luas tu"! hahaha..apapun pengalaman g Thai tu sangat best sebabnya first time sampai kat sana. Lagipun barang2 kat sana sangatlah murah...Masa tu g sana time raya puasa! Itu kisah family dan kenangan..Apa kata saya ceritakan pasal personal lak especially dalam dunia blogging...


Tahun 2010 saya baru nak bergiat aktif dalam blogging! sungguh kasihan sebab dah lama baru sedar nak berblogging kan...Bila orang len sibuk cakap hal Buffered Earning, saya hanya terpinga2 xtau apa...Yang penting masa tu nak dapatkan pembaca yang setia berkunjung ke blog ni serta mengharapkan trafik tidak kurang dari 100 sehari! Sebabnya saya baca nuffnang akan kasi BE kalo trafik maintain 100 uv sehari...Saya anjurkan Giveaway saya yang pertama dan alhamdulillah trafik saya meningkat sikit demi sikit...Saya dah mula kenal dengan ramai blogger lain serta rajin blogwalking! Akhirnya pada bulan Nivember 2010 nuffnang start kasi BE kat blog ni...pernah sekali tu tiap2 hari (Selama 3 hari) blogn ni akan dapat BE baru! best kan...BE saya berderet2 tp dont expect earningnya masyuk!hahaha...
Jom selongkar kisah saya bersama nuffnang kat entri ini.
BE yang dah jadi ME
Buffered Earning yang sedang menari skang...


Itu jerla coretan kenangan saya yang agak bermakna pada tahun 2010!


Azam tahun 2011...





  • Nak kahwin! hehehe...gempak x? nak jemput semua kawan2 blogger...
  • Semoga blog ni akan sentiasa maintain uv...dapat 200 uv sehari pun jadila...tanpa blogwalking...
  • Nak dapat Buffered Earning yang masyuk2! leh x en.nuffnang???hehe
  • Semoga kehidupan saya dan family serta orang2 yang disayangi bahagia selalu...
  • Lastly semoga saya dapat ramai kawan2 lagi di alam maya...

last but not least...

  • semoga saya bertuah menang lagi ga or contest or lucky draw!
Dah berjela2 ni ha...
SEMOGA IMPIAN SAYA  MENJADI KENYATAAN...DOAKAN SAYA SEKALI KAWAN2...





1 comment:

  1. thanx...
    sila checklist nama anda dlm blog adam!
    keputusan akan disiarkan within 2 days from now :)
    Gudluck and thanx for joined the contest.
    For those yang menang,i'll inform thru my blog ; and for those yg xmenang,its okay kann?Jangan pulak pasni xnak bertegur sape pulak ye...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...