11 NOVEMBER 2014

Helah PTPTN ke yang pasal UJRAH tu?

Tetiba terasa nak share pasal ni plak...masa bw tdi terjumpa kat blog bambam pasal ni..terus tengok kat sumber asalnya...Saya punya permohonan ujrah tu tidak layak sebab melanggar perjanjian...huhu...
Jom bca sikit helah apa sebenarnya ni...


Sumber : http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656



[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah
super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyaihelah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.


ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Seterusnya...pendapat oleh ust.Zaharudin berkaitan isu ujrah ini

Nilai sendiri yer...saya pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Andai kata benar, maka saya terselamatla...hihi...

15 comments:

  1. kak lyn, thanks berkongsi. miza dah lama nak buat ni tapi tak boleh. server down lah. busy lah. macam-macam -.-
    sekarang kena pertimbangkan balik sama ada nak tukar ke tak.

    thanks yaa :)

    ReplyDelete
  2. salam.. tq sudi share..bagus nih..

    ReplyDelete
  3. kerajaan bukan nak membantu.. menyusahkan rakyat ada la...

    ReplyDelete
  4. ujrah ni memang cara PTPTN untuk trace peminjam..sebab tu masa kemaskini butir diri, dia akan mintak emel, dan nama ibubapa yang mana mereka akan bertindak sebagai penjamin, siap kena sign dokumen dsb.

    So, bila dah dpt trace, dptlah PTPTN mengutip bayaran balik setiap bulan melalui potongan gaji tu.

    Pasal kiraan tu akak masih blur. Dan akan menunggu bila akak dapat..Tak pasti kesahihan lagi sama ada pengiraan akan ebrdasarkan baki semasa ataupun apa. So xberani nak komen lagi. Tunggu kalau berjaya dapat ujrah. Setakat ni potongan PTPTN sis untuk sebulan almost RM250.

    ReplyDelete
  5. lynn
    aku sebennar nye mmg dah syak sal potong gaji tuh ... hahaha

    rupe nye ape yg aku terpk tu ade benar nye .....

    ReplyDelete
  6. wah..ye ke..ifa bru nk mohon..
    tp xdpt2 nie..isk2...
    camne nie..kne pk blik nie

    ReplyDelete
  7. mmg ptptipu pun...wa ni 1st batch yg dpt..mmg bryk problem...mmg gilo gaban dia caj...ritu dan ngamuks kat opis dorang

    ReplyDelete
  8. nadia baru jer tau buat permohonan ujrah ni....huhuhu ntah laa....dlm kes ptptn ni satu jer yg plg nadia tak puas hati..kos pentadbiran banyak sangat...byr awl pn kne, byr lambat pun kne...

    ReplyDelete
  9. mmg byk problem pun...dah la sebelum ni ada cas perkhidmatan smpi rm33 sbln...skrg ni dgn kes ujrah plak... kna pk byk kali n siasat sungguh2 nih

    ReplyDelete
  10. chittt..cnfm ke tipu...
    kita da apply da..da smpi pon surat kat kg..
    tapi x dpt nk baca lagi sbb lom balik kg...x sabar plak nk baca

    'tipah tertipu'

    ReplyDelete
  11. thanx share. kite pon try to avoid ptptn 4 further stadi neh.
    follow akak dah! jenguk2 blog kite eh :D

    ReplyDelete
  12. berkongsi pengalaman saya,rasakan macam ada udang di sebalik batu di sebalik pelaksanaan penurunan dan sistem ujrah ini .

    Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam

    http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html

    ReplyDelete
  13. dah lar potong automatik..kot2 bulan tuh tgh sengkek..x naya kita punya belanja kan..huhu

    ReplyDelete
  14. Suatu penulisan yang kreatif.

    Ini suatu perkongsian

    http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html

    Silalah jenguk.

    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...