11 NOVEMBER 2014

Kursus Photoscape atau Blog

Tempat : Pusat Internet Komuniti P1 Chini Timur
Masa : petangla...
Tarikh : minggu depan (lum tau lagi biler)
Pengajar : Akuler kot...

Semalam dah buat kursus digital photostory telling dah...rasa cam nak anjurkan lagi kursus multimedia photoscape...edit2 gmbr...ok jugakkan...tapi lum decide lagi biler2...senang jer ajar photoscape ni berbanding inscape!saya pu n xlepas lagi....
alamak!nk balik dah...sambung malm ni ar....
Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

A Nuffnang Community Announcement

masa blogwalking dari semalam lagi ramai blogger post n3 psl ni.Tadi masa bukak email, lin pun dapatla...harap2 lin xtergolong ar...kena jujur...maner leh fraud click!




Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. 
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang. 

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Hutang...

Sejak akhir2 ini  byk pulak blogger yg rajin tagged saya...anyway..tq yer kepada semua yg tagged tu...ermmm..macam xde amsa jer lagi nk buat yg korang2 tagged tu...tp jgn riso sbbnyer akan ada satu hari untuk bayar seme hutang2 korang tu...sekarang ni fikiran tgh serabot sikit..maklumler hujung bulan...nk setelkan semer2...TQ pada yg sudi tagged n bagi award kat Lynn yer..itu tandanya korang ni caring ngan Lynn...Hahahaha...
Antara hutang yg perlu disetelkan nanti adalah seperti berikut :

Farhana - Peraduan memori raya
Dak Kecik - Jawab soklan
SuzieRahman - award+jwb soklan
Ckin - Giveaway *kena buat cepat cket kang due date dah*
Ada lagi tp dh xjumper nk cari...

Saya akan pastikan semuanya siap sebelum minggu depan!Kena tekad ni...

Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Report bos?Gaji buta?

Apa nak kata erk?rasanya setahun setengah dah bersabar dgn kerenah dier ni yg agak mencabar kesabaran...
harap jer dh kawin n beranak pinak tapinya buat perkara macam xde otak..
geramnyerla rasa pagi tadi...
saya nak buat aper erk..perlu ke nk report pada bos???bukan sekali 2 tapi dh beratus kali macam ni...
xbaik kan kejer gaji buta....xjujur dgn kejer...biar jela Allah yg beri mengadilinya...Tapi dari segi mata manusia, pekerjasebegini haruslah diterminate saja...xde lansung komitmen pada kejer...ckup bulan dapat gaji buta! ish ish....dahla menyusahkan orang lain...
Ya Allah ya tuhanku...bukakanlah hati budak tu agar dia sedar yang dia tu hanya makan gaji buat jer setiap bulan...

N3 nak marah....

sabar..sabar...sabar...
Blogger Templates
Read more ...

Kursus Digital Story Telling

Salam
n3 yg agak membosankan..xperlu baca pun...saja tuk tatapan sendiri.
Nak gtau, ptg tadi saya n kwn telah berjaya membuat kelas multimedia guna photostory...okeyla...janjidah lepas...kata nak guna video conference aritu nk check kitorg buat, tapinya....xde sbrg berita pun...bagusla kan...
2jam jer buat...adiah utama kitorg aksi pinjam modem p1 wimax selama 3hari!menarik x?ahaks.....
yg len2cuma dpt adiah yg dibeli dari kedai dua ringgit chini timur!haha.....kami xde bajet lor...........duit pik asyik kuar jer byr bil....layan jerla gambar2 yg ada ni yer...malas lak nk edit2...direct from memory card!alamak! xley nk upload ar lak...tensen!tensen!nak tidola....
sok baru nk upload


Blogger Templates
Read more ...

Perunding Takaful

Pagi tadi Kakwan takaful datang cni...Semalam lagi dia dah mesej gatu nk dtg arini collect duit n kasi sijil polisi.Tapi nak wat caner...gaji lum masukler...kena postponed dulula...byr tuk 2 bln terusla...bukan nak  cakap apsal tu sebenarnya...Kakwan telah mengkhabarkan berita gembira tadi..dia kata saya telah lulus exam ejen takafula ritu...result baru kuar semalam...saje nk wat surprise xgtau dlm sms smlm...alhamdulillah....

Maka, dengan ini sy perlu mengikuti kursus untuk memantapkan lagi informasi pasal takaful ni dan mempelajari cara mengisi borang dan cara promote....Jadi,pada sesape yg lum ada insurans ni cepat2la sedar yer...sebelum ni, saya pun tidak menyedari hal insuran ni tapis etelah ada satu kejadian berlaku, dan bila saya renung2kan....insurans sangat perlu untuk kita. Jangan fikir membazir sebab bila kita bayar tu pun dikira menabubg untuk hari tua nanti..pelaburan jugak dalam masa yg sama sekiranya tiada apa2 yang berlaku sepanjang tempoh matang tu...Lagipun.kalo ditakdirkan kita pergi dulu, kalo ada hutang2 ngan ptptn ker...hutang kain ker...lehla duit pampasan yang kita dapat tu lunaskan segala hutang2 kita...ermmmm kalo kemalangan berlaku ker, saper  nak tanggung kalo kita masuk hospital....kalo kita mati, dapatlah jugak khairat kematian...xsusahkan parent....


Blogger Templates
Read more ...

Contest Teka Duit Syiling 50sen


JOM TEKA!

Saya TEKA : RM 50.00


TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2010

NK TAU SYARAT N DETAIL SILA TEKAN SINI UNTUK KE BLOG IBU YER



Blogger Templates
Read more ...

HIT THIS COUNTER 8384

Kepada  semua pengunjung blog ni, sila captured my feberet no.ni tau!Nak kasi something special kat korang...jgn tipu2 yer...Depend boy or girl ar yer...

8384 (my bestday akceli...)


Yg dibulatkan kaler hijau tu yer..jauh lagi...

Kalo berjaya dapat 8384 tu, silalah print screen cam saya buat kat gambar di atas ni pastu send kat email saya butiran anda :

Blog/website
Nama samaran
Alamat (nk anto adiah)
no.telefon

My email : azlina6703@gmail.com


Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Template dan header baru...open house???

"Aik???xpuas hati lagi ker lynn asyik nk tukar je template..."
Memang pun...belum  berpuas hati lagi ngan tatarias blog ni...byk lagi nk kna perbaiki!lagipun aritu ada try cket guna photoshop..tunggu dan lihat jerla pasni ada masa berubahla umah sy  ni...lepas2 abeh lucky draw ar baru nk berjinak2 cketn ngn design baru...buat maser ni xley lagi...bizi ngan lucky draw...haha
Tengah dok fikir nk wat tema kaler aper...rasa nk kaler hijau..tp pink lagi  menarik ar...ntahla nk kaler per...nk arrange semer gadget yg ada ni...mcm xbest jer...xmenepati piawaian...haha
Nak wat n3 iphone pun malas2 ni...bukan aper...xde idea nk merapu nk merepek...
saper ader wat open house lagi erk?
jemputla saya...ehhhh...tetiba jer.....
Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Cute Baby Contest 2010

Syarat-Syarat Penyertaan :

1) Anda mestilah menjadi follower blog Happy Baby Shop & Klik "Like" FB Happy Baby Shop
2) Sila letakkan banner Happy Baby Shop dan Poster "Cute Baby Contest" di sidebar Blog anda. Sila sertakan link ke Happy Baby Shop.
3) Sila buat satu post dalam blog anda yang bertajuk "Cute Baby Contest 2010".
4) Sila masukkan Poster "Cute Baby Contest 2010" beserta link ke dalam post anda.
5) Sila letakkan gambar baby anda dengan gaya paling menarik,hebat,top 10 dan comel. (Anak saudara adalah diterima). 
6) Syarat umur baby adalah dari 0 bulan - 36 bulan
7) Di bawah gambar baby, sila sertakan:
pic entri...
No. ID:(Akan Diberikan Selepas Kami Menerima Penyertaan Anda)
Nama Penuh Bayi: Nur Khairunisa Humairah Binti Khairul Anuar (anak sedare)
Nama Panggilan:Adeq Nisha
Umur Bayi:Setahun
Jantina Bayi:Perempuan
Bangsa:Melayu
Nama Penuh Ibu:Nor Shasrina Abdullah
Nama Pengirim:Noor Azlina Mohd.Saod
E-Mail Adress:azlina6703@gmail.com


Dan Sila sertakan Slogan :

Saya suka Happy Baby Shop adalah kerana

collection kiut miut menambat hati, harga berpatutan dijamin kualiti,tampak berseri baby kami,riang ria sukahati dengan pilihan tampak berseri! 
(Tidak melebihi 25 patah perkataan)


8) Sila Tag sekurang-kurangnya 5 orang kawan-kawan anda atau blogger lain.

Mama Aqilah
Mya
Umi Mia
Mama Alya
Elyamaz

12) Pemilihan Pemenang diadili berdasarkan:
  • Gambar bayi yang paling comel, bergaya dan pandai posing
  • Slogan kata yang paling memikat hati juri.
  • Anda Boleh Mengedit Gambar anak-anak anda.
  • Anda menerima paling banyak komen undi dalam post anda.(markah tambahan)
Sponsor : RIEY ALFA ENTERPRISE


JOM JOIN!


Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Kisah 27hb September

disebabkan hati saya ni tgh sedih, jadi saya nk tulis seringkas yg boleh.Malam ni baru smepat nk blogging.Siang tadi sibuk setup tempat nk training...Awal2 malam tadi lak siapkan kejer cikgu norizan tu.Janji ngan dia ptg siap tapinya dah tahap kemalasan melanda petang tadi, maka bertangguhlah kerja tu.Malu sekejap!Pandai berjanji ptg siap tp bila dia dtg xsiap lak...huhu.Petang tadi g open house kat wisma jkkr chini timur 2..makan laksa lagi...xpela...suker sangat!my feberet...sedapnya..

Terliur lagi nk makan laksa even 2 ari berturut2 pekena laksa dah!

tapikan dlm byk2 laksa yg saya makan kat dunia ni selama saya ada ni, xde satu pun yg dpt menandingin kesedapam laksa ma tau!saya xtipu...bukan sebab ma tu ibu saya nk cakap camni..hakikatnya memang sedappppp...xpercaya>meh dtg cni cuba...Cukupla n3 sedih malam ni..ujan ni..tdo lagi best...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

~google~
TQ

Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Tag dari Jannah

Salam dan selamat malam rakan2...
Malam tadi bukak shoutbox. Inilah dia...

Nampak x?nk clear tekan gambar yer...

First time dapat ni. Tanpa berlengah lagi selepas update list peserta lucky draw, lynn pun buatla tugasan yang disediakan khas oleh JANNAH. belog jannah ni kaler pink juga tau...flower...cumel...Walaupun baru kenal, tapi tu ar..macam da lamer jer kenal ngan rakan2 mayakat blogspot ni...suker sgt! Nak jawap soklan plak ni!

TAG SUKA-SUKA
1- Name one person who made u laugh last night?
My love 'ank sdare' Nisa

2- What were u doing 1 hour ago?
Makan kt smpg golok(nama glemer) b'temankan lilin jer

3- What was da last thing you said out loud?
Hey kimi!ce molek2 sket perangai tu...(kakak marah adiknya)

4- Where's da next place you're going to?
Bilik tdo...

5- What was da last thing u paid for?
topap my maxis...expired smlm

6- Where were u last nite?
Home sweet home:)

7- What's da best ice-cream flavour?
xminat lor...coklat ar kot sket2

8- Do u wanna cut your hair?
nk juagk...tp bkn skang lor

9- Do u love to 'melatah'?
x rasanya

10- If that so(melatah), what will u said out loud?
o check...xreti nk eja

11- What does da last text-msg received say?
mende erk..lupa da....

12- Will u get married in da future?
nak kawin!!!ma aboh..tolong aku

13- Do u chew on your straw?
Sumtimes..hehe

14- Do u make-up your own words?
ermmm...lum t'pk lg lor...next time eh

15- Is there anyone u like/love right now?
ada...syg bangat sm dia :)

16- Tag to other 5 bloggers/more
Kepada semua pembaca yang rasa nak buat tag ni, dipersilakan dengan seluas2nya tau...untuk uols...Kira tagged semua yg baca n berminatla ni yer...

Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Selulit????Argh...

Ni plak info pasal selulit..amende tu erk?besernya org yg lemak berlebihan ni tau ar...org yg slim xamik tau sgt..
Nak share jugak apadia mende ni...
Ni bukan lynn tau..
~google~

Terukkan kalo kena selulit.Ada 4 prkt selulit ni.setahu sayala. Selulit merupakan suatu lapisan lemak di bawah kulit yang terletak di atas otot. Jika selulit hanya melibatkan lapisan-lapisannya saja, mungkin selulit tidak akan terlihat. Masalahnya, ada sebuah jaringan serat yang menghubungkan otot ke kulit. Jaringan itulah yang membuat kantong-kantong lemak di mana lemak terkumpul atau menekan lapisan lemak yang normal.Apa yg sebabkan perkara ni berlaku erk?ni info dari belog eizil.TQ

Kadar hormon yang tinggi
Wanita yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon wanita biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel lemak di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembuatkan organ wanita untuk membolehkan wanita melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembuatkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam badan. :D
Pengaliran darah yang lemah
Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, wanita itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.
Cara hidup yang kucar kacir
Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah. 
 INI ADALAH TIPS UNTUK HINDARI DAN HILANGKAN SELULIT

1. Hindari stress kerana boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.
2. Bersenam untuk melancarkan aliran darah.
3. Berhenti merokok kerana rokok melemahkan kulit iaitu denga cara menyumbat kapilari pembuluh darah.
4. Minum air 8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dalam tubuh.
5. Bagi mereka yang mengambil alkohol, kurangkan minum minuman beralkohol, kafein dan makana pedas kerana toksin yang dikeluarkan oleh minuman dan makanan tersebut akan berkumpul di kelenjar lemak dan akhirnya menyebabkan terjadinya selulit. 



Blogger Templates
Blogger Templates
Read more ...

Kadar metabolisma Rendah



saper yg baca n3 sblm ni mesti tau dah pasal ni..saya ni dari kalangan org yg mempunyai kadar metabolisma sangat rendah!memang pown..telah disedari sejak dulu...So, saya tgh usha2 nak cari cara atau petua yg boleh meningkatkan sikit kadar metabolisma saya ni..Jom kita kenal2 dulu ngan kadar metabolisma ni sblm tahu petuanya yer..mungkin ada yg xberapa tahu apakah sbnrnya mende alah ni..cam sayala yg kurang jelas jugak...


Info ini dipetik dari blog seorg cikgu yer...Cikgu Kartini..TQ



Secara semula jadinya,
beberapa faktor akan memperlahankan Metabolisme :

 
1) Umur  :
Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar Metabolisme juga menurun.

2) Jantina  :
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.

3) Masalah hipotiroidisme :
Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan Metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
           
 4) Genetik  :
Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar Metabolisme cepat.



Jika  mempunyai kadar Metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar Metabolisme , ia bukan kaedah terbaik...!



Cara meningkatkan kadar Metabolisme dlm bdn kita :

1) Pemakanan 



Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar Metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar Metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.


Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar Metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

2) Senaman 
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.


Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.
3) Minum banyak AIR 
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

4) Tidur secukupnya. 
Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...