Puding Roti..

Tadi masa bw kat blog kakyong baca2 entri...terliur plak tgk anak2 kakyong makan puding roti! cambest jer...'
so, saya pun berhajat nak buat arini...kena cari resepi dulu..nk tengok bahan apa yang diperlukan...
macam biasalah..cari kat myresepi

macam2 resepi puding roti jumpa tap saya berkenan yang ini sebab xguna susu tepung...and xperlu nk guna oven! saya nk cari yg kena kukus jer...ada 2 resepi nk try ni...kena g beli susu cair dulu...roti dah ada 2 bungkus kat dapur tu...


Bahan-bahan ( 20cm )

  • 6 keping roti (tak kira la bun or roti keping, kalau nak keras lebihkan jumlah roti)
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir (sesuaikan rasa manis mengikut selera)
  • 2 camb. serbuk koko

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali serbuk koko ke dalam blender sampai sebati.
  2. Tuang separuh adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega/marjerin.
  3. Kukus sehingga permukaan puding kelihatan sedikit keras. (dalam 15 minit)
  4. Masukkan serbuk koko ke dalam baki adunan dan diblend sehingga sebati.
  5. Tuang adunan koko ke dalam acuan. Tuang perlahan-lahan supaya lapisan lebih cantik. Kalau tak, puding ni akan jadi marble lak.
  6. Kukus sampai masak.

resepi yang ni pun ok..pakai tepung kastard...leh jugak nk try!xpakai telur...

Bahan-bahan ( 4 org )

  • Bahan A:
  • 2 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air
  • 2 camb tepung kastad
  • Bahan B:
  • Hirisan tepi roti secukupnya

Cara-cara

  1. Bahan A diblend sebati.
  2. Loyang dilenser marjerin/mentega. Masukkan hirisan tepi roti (bahan B) ke dalam loyang, dan tuang adunan bahan A.
  3. Kukus sehingga masak. Lebih kurang 15 minit.

4 comments:

  1. macam sedap la cik lynn..nak cuba jugak la..hehehe

    ReplyDelete
  2. betul3..cam sedap jeh.boleh gak mencuba nih

    ReplyDelete
  3. sedap nya... mia selalu buat puding jagung je... puding roti belum cuba lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...