Nak tukar pakai VIVA EEE

korang tau x yg Perodua ada kuarkan model Viva EEE smlm? aduhai..cangtik gilerla..lin pu tau masa bw kat blog ellen tadi..TQ Ellen..
Pastu nk tahu lanjut lagi saya pun search ar info sikit2...Naper VIVA EEE erk? hihi..sbbnya Viva Elite Edisi Ekslusif (EEE)Sya pun pakai viva cayang tu jugak tp bukan elite...kalo dpt yg EEE ni kan best!


PUCHONG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan varian terbaru ViVA Elite iaitu ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE) dengan rekaan dalaman dan luaran yang menampilkan ciri-ciri baru yang cukup eksklusif.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru dengan kapasiti enjin 1000 cc itu adalah pelengkap kepada rangkaian ViVA yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada tahun 2007.
Beliau berkata, ViVA EEE mempunyai rekaan bergaya dengan enam perubahan rekaan dalaman dan luaran serta warna baru yang menarik.
“Kumpulan sasaran kami adalah pelanggan wanita dan lelaki sama ada yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar. Mereka memiliki pendapatan di antara RM30,000 sehingga RM35,000 setahun,” katanya.
sumber : kosmo

apapun my viva is the best for me!huhu



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...