Jom jawab teka teki ni nk...

Have fun...
Jom men teka2 nak?

1. Dalam banyak-banyak air,air apa yang paling berani?
Jawapannya  .

2. Dalam satu pertunjukkan , seorang ahli silap mata telah memijak kaca dengan tapak kakinya tetapi dia tidak mengalami sebarang luka.Lalu dia memijak paku yg bertaburan dan tidak juga luka juga. Apabila selesai persembahan, dia jalan terhencut-hencut. Mengapa dia berjalan terhencut-hencut? 
Jawapannya  .

3. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak ?
Jawapannya  .

4. Kalau anda pandai cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya  .

5. Antara kereta dengan motorsikal, mana lebih tua?
Jawapannya  .

6. Dalam banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
Jawapannya .

7. Huruf jawi apa yang ada angin ?
Jawapannya  .

8. Kasut apa yang paling keras?
Jawapannya  .

9. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. Apakah yang akan berhenti dahulu selepas pemandu itu berhenti?
Jawapannya  .

10. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mana huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
Jawapannya  .


Ha! tau x jawapannya...next n3 saya pos jawapan lak yer..
sambil2 beraya tu...jumpa kawan2 tanyala soklan ni..kot2 diorg tau jawapannya..hehe

7 comments:

  1. 1.air tejun
    2.terpijak tahi ayam
    3.siput babi
    4.sungai Berat kat sebelah kanan Teluk Intan..ala tepi sikit Paris
    5.motosikal sebab ada tongkat
    6.pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia
    7.ta & ya sebab tayar kena isi angin
    8.kasut bata
    9.spedometer
    10. i & u.. sebab saya dan awak kan boleh kawen..

    wakakaka..betul tak?

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    xtau nak jwbb..
    tgk jwpn ezzat jer..
    bes teka-teki nie...

    ReplyDelete
  3. waa...terernya ezzat...dpt jwb sume la...

    ReplyDelete
  4. wahhh...ade yg boleh jwp semua...bagusnye~

    ReplyDelete
  5. ahaa..dh ada org jwb dh,.tngok jwpn dye je

    ReplyDelete
  6. huhu..
    terrer ezzat...
    :)

    tetibe nak bagi teka teki gak leh?...


    *kenapa ikan emas tak boleh mkn ikan emas??

    ReplyDelete
  7. wakaka..thankss all.. =) kembang3 semangkuk..ngee~
    ezzat bukan terrer pon tapi teka teki ni selalu sgt bermain di minda.. maklum lah.. takde keje kat skolah..time boring men lah teka teki.. best ape kan kan kan?

    cik qaseh : try lah tanye ikan emas... "nape ko tak makan ikan emas?" kalau die jawab, tu lah jawapan nye.. hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...