Ada minat nk bukak Pejabat Pos Mini kat tempat anda?

Saya pernah bercita2 nk buka suatu masa dulu..tetiba masa cari2 info terjumpalah mende ni kat majalah.com

jom baca2…saya just copy n paste jer…

Pengalaman Pengusaha Pos Mini Berkomputer
Wan 70 - Sun 17/Oct/10, 7:14pm


Assalamualaikum,saya salah seorang pengusaha Pos Mini Berkomputer,saya di kawasan kuantan pahang,untuk pengetahuan yang berminat untuk mengusaha pos mini berkomputer ni.saya nyatakan syarat yang perlu untuk membuat permohonan pos mini berkomputer ni:-
Perkara wajib ada.


1.komputer
2.internet line
3.printer cetakan report (rm350.00)
4.ruang pejabat untuk kaunter
5.mengusaha perniagaan lain
6.peti besi yang diiktiraf
7.daftar niaga.
8.duit cagaran rm1000.00
9.Printer cetakkan bil (rm2500.00 kalau x silap,beli dengan pos)


Cara permohonan
==============
1.Surat rasmi
-sertakan alamat dan daftar niaga
-jarak antara pejabat pos yang sedia ada (tidak kurang dari 15km)
-bilangan rumah penduduk setempat(tak kurang 1000 buah rumah)
-tandatangan dan cop penghulu(sebagai sokongan permohonan)
2.Permohonan mesti dihantar ke pejabat pos besar negeri yang dipohon.
3.Untuk lebih kepastian pergi ke pejabat pos negeri,tanya lebih detail.
Bayaran elaun yang diterima pengusaha
============================
1.setiap satu kutipan bil dibayar 20sen sahaja.
2.bergantung kepada jumlah kutipan bil
(byk bil byk lah elaun)
3.mengurus surat n penjualan barang2 pos seperti setem or wang pos dan
sebagainya. (elaun biasanya sekitar rm150 sahaja)
'''oleh kerana keuntungan yang tidak banyak maka pihak Pos Malaysia menwajibkan pengusaha pos mini menjalankan perniagaan lain,tidak tertumpu kepada pos sahaja'''permohonan tidak akan diluluskan sekiranya tiada bisnis lain.
Dimana kita dapat kelebihan dalam mengusahakan pos mini ni
1.kedai kita jadi tumpuan org ramai,coz nak gi bayar bil or beli bayar produk
pos.
2.kita boleh menjual pelbagai jenis barangan runcit,aksesori telefon dan sebagai.
3.yang pasti orang akan datang ke kedai kita.coz perkhidmatan yang disediakan.
====sebulan paling banyak saya dapat elaun dari pos setakat ni adalah RM700.00 sahaja=====
inilah adalah salah satu stategi perniagaan yang baik dua or tiga dalam satu.
itu sahaja ikhlas dari saya.lebih detail pergilah ke pejabat pos negeri masing2
insyallah mereka sentiasa sedia melayan anda.

-diambil dari bicarajutawan

caner skang?ada hati lagi x nk buka pejabat pos mini?hahaha..surrender ar…

5 comments:

  1. uishhhh...kena hati kering kalau nk buat bisnes ni eh
    salam kenal dari kie-yu :)

    ReplyDelete
  2. pernah bercita2..
    nak bukak yang telco and post tu..
    yang banner kaler oreng tu..last year punya cita2 laa..sebelum bergelar blogger..hehee
    sbb masa tu mmg sis biz kuat gak..
    tapi memandangkan malas nak manage banyak perkara, berkubur jer laaa cita2 tu

    ReplyDelete
  3. owh.. camtu ke caranya.. hm.. menarik gak..
    ALL IN ONE
    terjah dari projek dj

    ReplyDelete
  4. sy nak mencuba lah saja nk buat side kan tambah2 selain ada bis lain tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...