Saya dah suka makan OAT!


credit kat google yer


Saper yg xsuker makan oat? sila angkat tangan...(sayala tu) tapi...itu adalah Lin yang dulu! sekarang saya sangat suka makan oat...plain oat jer..tp kalo yg berperisa coklat tu lagila best! Hari Ahad aritu, saya beli Quaker Oat yang 1.2 kg dgn harga RM10.50..Murah x?
Aritu beli pack kecik yg 200gm just nk try jer...best rupanya! Nak tahu naper tetiba saya suker makan oat?sebabnya saya dapat info yang oat ni boleh meninggikan kadar metabolisma badan kita...Jadi, saya nk tryla..lagipun oat boleh merendahkan kolesterol! Itulah yg plaing penting...nk buang lemak2 yang jahat tu...


Jom baca info ni sikit2...dipetik dari aziera..credit tuk beliau...


Oat sering diiklankan dalam TV sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Cuba bayangkan, kalau kita makan oat, bila saja oat masuk kedalam badan seolah-olah kolestrol dalam badan disedut oleh oat tersebut.

Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. terdapat bermacam-macam jenis oat: oat groats, steel oats, rolled oat, dan instant oat. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas dimasak. Walau bagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

Cara makan oat banyak diletakkan di laman web resepi di Internet. Oat boleh dimakan dengan buah-buahan segar, dicampur dengan susu untuk tambahan kalsium, atau dicampur dengan protein powder seperti Formula 3 untuk tambahan protein. Kita boleh memilih mana-mana resepi yang sesuai, sambil tetap mengambil kira bilangan kalori dan kurangkan perisa yang tidak diperlukan seperti gula atau sodium.

Antara kebaikan oat:-

  1. Merendahkan kolestrol dalam badan.
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
  3. Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
  4. Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
  6. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
  7. Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
  8. Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Oleh itu, memasukkan oat sebagai salah satu hidangan kita setiap hari adalah langkah yang bijak untuk kesihatan badan dan jantung kita.

7 comments:

  1. Lynn, Myra skg dah mula mkn oat, siap tmbh ngn milo lg nk bg sedap..wakaka, nk mkn nak sedap saja..
    Yola, klau nak telan oat rasa tak tertelan, so pelan2 la..kan kan??

    ReplyDelete
  2. wah.bgs3.. sy ni tah bile la nk suke mkn oat.huhu

    ReplyDelete
  3. oat akan memberi kesan kenyang yg lama.. jd boleh save makan.. & boleh slim.. ;)

    ReplyDelete
  4. bagus artikel ni.. mmg saya mencari bahan ttg OAT =)

    ReplyDelete
  5. sya juga baru mencari rahsia oat,,,yang baik mesti cuba

    ReplyDelete
  6. sya juga baru mencari rahsia oat,,,yang baik mesti cuba

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...