PENDAFTARAN EKASIH

Sejak cikgu2 kelas bagi surat yang meminta para ibu bapa mendaftar secara online sistem ekasih agar tidak tercicir untuk mendapat kemudahan dan bantuan, maka, ramailah para ibu yang datang berjumpa dengan saya mintak tolong!hehe...(nada gembira...)naper?sebabnya dapatlag jugak side income...murah jer...rm2!
Itula....suruh dtg PIK belajar komputer xnk..kan dah payah...kena upah org tolong isikan form online...hehe

Dicopy from ellen. Thanks ya


Bermula pada sessi persekolahan 2011, Semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT) , Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan banyak lagi bantuan lain akan di salurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan daripada data yang dikutip daripada maklumat portal ekasih.


Ibu Bapa yang layak dan ingin memohon bantuan tersebut, hendaklah mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara online di Portal ekasih.

Siapa yang layak mendaftar?
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.
Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.
Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menuPendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.
Pemakluman Mengenai Kemiskinan
Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.
Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di: www.ekasih.gov.my.

1 comment:

  1. hehehe..wah, sis dapat side income juga ni..ok la kan at least dapat membantu juga...chayo2 sis..hhee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...