Cuti-cuti cinta

Jom tgk promo cite cuti2 cinta ni...nmpak cambest gezetnya! ermmm...filem komedi cinta..saya suker!



Hero n heroinnya Farid Kamil dan Nora Danish! hebat pasangan ni...ensem vs comey!

Sumber : oh!bulan

Filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham bakal menemui penonton di seluruh pawagam pada 20 Oktober ini dengan menampilkan Farid Kamil & Nora Danish sebagai pelakon utama. Filem berkonsepkan komedi cinta ini sarat dengan adegan komedi & lawak sinikal yang boleh membuatkan anda terhibur.
Filem ini berkisarkan Eava Ealiana lakonan Nora Danish merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.
Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.



1 comment:

  1. macam bes je jln citer dia..
    nk tgk ke x nnti ek??
    download je lah..
    hehe~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...