Adik saya kena chicken pox!

Korang pernah kena x mende ni? org kampung kata demam campak air tu...kasihan kat adik saya...dia kena kat hostel dia berjangkit ngan kawan dia..dahla dia nk exam next week! 2 hari lepas, my parent g amik adik saya kat   trolak. Asalnya dia nak balik naik bas jer osrang2 but my parent xharap sbb jauh! chini-trolak...uishhhh!
Akceli adik saya tu org first kena chicken pox in my family...takutnya...harap2 xkenala... dah banyak  sangat naiknya...tapi adik saya tu jenis senyap...xdela nk ngadu sgt sakit ker aper ker...bila tny baru cakap! malam tadi g mintak air tawar ngan cik nisah...arini plak my parent bawak dia g klinik swasta amik ubat...harap2 dia lekas sembuh...
Saya ada jugak google cari pasal chicken pox ni..meh nak share sikit...


ni dipetik dari infosihat



Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Petua lama/tradisional...

Petua (1): 
Pada hari keempat terkena sakit cengkering aka. "chicken pox" aka. demam cacar air aka. demam cacar aka. smallpox, amalkan meminum air kelapa muda. Buah kelapa muda itu pun kalau boleh sama diambil dari pokoknya dan jangan dijatuhkan ke tanah. Orang kata, kalau nak "power" lagi, panjatlah dan bawa sendiri turun, wallahuallam. 
Setiap kali semasa mandi (pada hari yang sama, hari keempat), amalkan mandi air rebusan daun belimbing aka. starfruit (terserahlah berapa kali sehari dan berapa hari nak mandi. Insyaallah kesan parut akan hampir tidak nampak langsung terutama di bahagian muka. 

Petua (2): 
BIASANYA selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil 
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati. 

Petua (3): 
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang. 

Merawat demam campak: 
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insyaallah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya). 

Merawat demam campak: 
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. 
ps. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering. 

Menghilangkan demam campak: 
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air). 

1 comment:

  1. kita pernah kena dulu msa darjah 5..berjangkit dgn adik gak msa dia kat tadika..
    nasib baik byk ats kepala je..tp kena peluh..sgt pedih..huhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...