Kisah Ramadhan Part 1

Salam semua....
Di pagi ahad, di keheningan pagi ni sebelum nak sambung tido semula..hehe..saja nk conteng2 sket kat belog saya ni ha...Nak cerita pasal bulan pose ni..oh yer!semalam masa blogwalking terjumpa satu word ni...sorila..xigt da belog maner...rupanya para blogger guna word PARAM mean shorcut for PAsar RAMadhan...hahaha...perkataan baru...pandaila wat perkataan baru kan...
kelakar plak rasa nak guna PARAM...bese guna bazar jer.
Mak saya aka ma(xbesela guna mak...) membuat kueh untuk jualan...kan bulan Ramadhan ni bulan rezeki.. Nak tahu x kueh apa ma buat?Pinjam gambar dari pakcik Google ni..xsnap picture pun...Inilah kueh pertama saya paparkan...next n3 kueh lain plak yer...siap ngan resepi yer..

ni namanya kueh cucur badak..dalamnya inti kelapa..ada rasa pedas2 sket..time panas memang menggiurkan ar...lembut jer...
Tetiba rasa nak kasi resepila...Terima kasih kepada myresepi.com kerana berkongsi pasal resepi ni yer...saya copy paste jer ni tau...

Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
 
Cara buat inti

  1. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
  3. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.
Blogger Templates
Blogger Templates

2 comments:

  1. ha..ha...ha..kat blog akak ker? Sedapnyer cucur badak..

    ReplyDelete
  2. Hehehe...maybela kot kak...time panas bestla cucur badak tu..tapi dah sejuk...hapeh jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...