STROK PENYAKIT KRONIK

salam semua...
agak lama jugak saya tidak mengupdate blog ni...trafik pun terusla menjunam...huhu...maklumla...saya ni cumalah new blogger...yang baru bertatih dalam dunia ni...
Sebenarnya saya g bahau tengok makcik kena tahan kat wad...sakit mata (tahap kronik) + darah yang terlalu tinggi...228 tu! nurse yang kat sepital tu pun riso giler coz tinggi sangat takut kena strok plak...
alhamdulillah...dah trn cket semalam...mata jerla yang sakit tu...Oh ye!makcik saya tu duk kat hospital jempol...hospital baru ar...jauh beza ngan hospital kuantan...alat2an n perabot seme nmpak baru...cantik lagila...nak share sikitla gmabar yang saya requested fron pakcik google....thanks ye pakcik...

ni gambar kat ruang legar..kira cam kaunter pertanyaanla...

salah satu bangunan yang ada

keadaan dalam wad..kerusi untuk orang menunggu pun best..xmacam kat kuantan...hehe

lagi gambar keadaan dalam wad...so nice...for me ar...

ermm....bahaya sangat kan darah tinggi ni...ada jiran saya tu hampir2 sangat kena strok...tapi tahap bawah cikitla...skang ni perlakuan dia macam orang lembap jer...pastu cam xbaper nk ingat apa yang berlaku...

di kesempatan ni.nk share sikitla pasal strok ni...sikit jer...untuk informasi...bila dah ada yg kena baru nak tau lebih detail pasal ni...beringatla sebelum kena........



Apakah Yang Menyebabkan Strok?

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. 
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.


Blogger Templates
Blogger Templates

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...