MOHD. JUARA MENTOR 4

salam dan selamat malam semua...


Tadi abah ajak g makan kat luar...xdek lauk nak masak untuk dinner.Selalunya kami akan ke sebuah kedai yang terletak di 'simpang golok'(nama glemer je ni...nama sebenarnya simpang Chini)
tapi...
malang sungguh nasib...dua buah kedai yang kami biasa makan tu tutup pulak arini..maybe tutup sebab nak tgk MENTOR kot!huhu...
Apalagi...abah pun drive ke Chini Atas (juga bukan nama sebenar...hehe)
Malangs sekali lagi....kedai yang baisa kami menjamu selera kat Chini Dara tu pun tutup!Hey!gara-gara Mentor ke erk????hahaha
So, kami pun cari makan kat kedai di Chini 3...Alhamdulillah...OPEN...hehe...Tapikan...kedai ni lembap tau! bukannya ramai orang pun tapi servisnya lambat...Apepun..makan jelakan...janji perot kenyang...Makanan dia xdelah 'BEST SANGAT' pun...boleyla....kata orang tu....


Balik umah saya dan ma layanla MENTOR FINAL...beforeni xpenag tengok pun...saya suker tengok yang akhir2 sebab masa tu diorg2 ni perform sure best2 belaka...okeyla jika hendak dibandingkan dgn AF...
suker jugak tengok performing diorang ni....saya suka Nani...suaranya cambest jek...Tapi sayang markah keseluruhannya hanyalah 51!Macam xpecayer jekan?sebabnya juri awam undi 19/20...ni mesti sbb SMS...coz juri pun suker ngan Nani tu...oh yer1 si Nani ni protege kepada Azmeer!


Akhirnya....



Secara rasminya keputusan adalah seperti berikut :
Juara Mentor Musim ke-4 : markah 71
Mohd atau sebenarnya Mohd Izwan Mohd Norprotege kepada Ziana Zain 
Tempat kedua : markah 62
Dimenangi oleh Adi, protege kepada Dayang Nurfaizah 
Tempat ketiga : markah 51
Nani, protege kepada Azmeer
Keputusan adalah muktamad yer!
Mereka menyanyikan tiga buah lagu secara berselang-seli, sebuah lagu, persembahan solo dengan lagu pilihan masing-masing dan berduet bersama artis pilihan.

Nani menyampaikan lagu baru - Terhenti Di Tanda Koma, medley Suci Dalam Debu dan Livin’ Da Vida Loca. Beliau juga membuat persembahan duet bersama lagenda Rock, Ramli Sarip membawakan medley lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih.

Mohd. menyanyikan lagu baru - Cinta,  Tragedi Oktober dan Itu Kamu dan berduet dengan Fiq lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

Adi pula menyampaikan lagu Tafsirkan CintaKenangan Terindah dan Suatu Janji. Dia juga berduet bersama Aizat menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Format pemarkahan pada Mentor akhir dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional dan 30 peratus melalui undian khidmat pesanan tingkas (SMS). Bagaimanapun 20 peratus lagi adalah pilihan juri awam yang terdiri daripada penerbit program hiburan, pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam bidang muzik.

Johan Mentor 4 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi, naib johan memenangi wang tunai, RM30,000 dan trofi & tempat ketiga akan menerima RM10,000 dikongsi bersama mentor dan protoge masing-masing.

Bestnya kalau saya yang dapat duit tu...huhu...




Blogger Templates
Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...