MELAKA TRIP : Part 1

Untuk kisah pertama
Tarikh & hari : 05 Jun 2010 (Jumaat)
Waktu : Siang jer

Bertolak dari rumah hampir pukul 9pagi...Pada hari tersebut, saya bangun agak awal kerana menyiapkan hidangan nasi lemak untuk para tetamu yang turut menyertai rombongan kami ke Melaka...Kesemuanya ada 4 buah kereta dalam rombongan...Viva saya hanya dinaiki oleh adik beradik dan kaksu  jer...Tidak melibatkan orang lain.
Sampai di Bahau lebih kurang pukul 11 lebih.Sempat lagi singgah ke Kedai RM2 DAN RM1..beli sepit rambut...Siap makan tengahari di rumah bibik then bertolak ke melaka pukul 12.30 tengahari...Melalui jalan K.Pilah serta Tampin seterusnya via Highway AMJ...
Sampai di masjid tempat nak akadnikah tu dalam pukul 2.30...ada masa lagi lebih kurang setengah jam sebelum acara akad nikah dimulakan.Adik saya. Amin tu dh macam xde darah coz takut sangat...huhu....pakaian serba putih...tak lama lepas tu, rombongan sebelah perempuan pun sampai...bersama wali, imam, jurukamera dan sdare mara...
Sepanjang akad nikah dijalankan, macam2 perkara yang kelakar berlaku.Alhamdulillah...selepas 2kali lafaz, Amin berjaya mengubah statusnya menjadi seorang suami kepada Nor secara sah!menitik air mata kedua parent Nor untuk melepaskan puteri bongsu mereka yang kini telah dimiliki oleh orang lain yang lebih berhak ke atasnya...Selepas itu, sesi bergambar pula bersama saudara-mara.Selesai sahaja majlis, tibalah masa untuk makan2....kemudian,my parent pun bertolak balik.....Tapi, saya dan adik2 takbalik pun...kami kena stay...
Blogger Templates
Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...