Mataku yang sensitif

Entry kali ni adalah berkisar pasal sejenis penyakit ni tau...xdela bahaya tapi....huhu...kurangkan penampilan dirila cket...

nk citer pasal ketumbit...tp sebenarnya bukan ketumbit tau!saya mengalami mende ni sejak 4 tahun yang lalu tau..maser kt upm..slalu sgt tumbuh...pada awalnyer memangla riso gler2 tapi biler dh jumpe dr tu..dia kata mende tu xbahaya sgt cume kao dier membesar kt kelopak mata yang perlu bedah!!saya pny ketumbit ni sokmonyer tumbuh kt bhgn atas kelopak mata...sometimes belah kiri...sometimes belah kanan...pernah jugak tumbuh kt bhgn bawah kelopak mata...macam ader nanah tp bukan nanah...

hasil pencarian ngan pakcik google...katanya ketumbit ni disebabkan oleh alir darah kita yg tersumbat...oh ye!!selama ni saya jumper doktor, diorg selalu pesan tuam ngan air suam tyuk matikan kuman...sejak 2 menjak ni saya selalu jer buat coz ketumbit saya ni muncul semula...

Tadi saya borak ngan cIK Leha kt kedai sebelah ni...dia bagi petua guna buah bemban...anak dier makan buah bemban ni dulu pastu xnek2 dah ketumbit...kalo x, ada sokmo ar..kejap kanan...kejap kiri...Tapinyer...saya xkenal pun buah tu gane...nanti nk tny my mum balik kang...kot2 petua tu berkesan!!!lagipun saya baca2 td dlm google,memang buah bemban tu untuk hilangkan ketumbit pun...ketumbit yang saya hadapi ni namanya chalazion...(kalazion)

di kesempatan entry ni, sy nk bg info cket2la untuk panduan kita2 semua...

Radang Punca Ketumbit

oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad


Kalau ketumbit itu kecil tidak mengapalah kerana tidak ramai yang perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik.

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan.

Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?
Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.


Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

Bilakah pembedahan diperlukan?
Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?
Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.

Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?
Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...